Thursday, September 10, 2009

KAITAN DENGAN RAJA BUGIS

Raja Ahmad turut mempunyai salasilah dari keturunan Raja Bugis iaitu dari DAENG CHELAK melalui anaknya yang menjadi Yam Tuan Muda Riau ke II iaitu Raja Haji yang mati syahid melawan Belanda dan digelar Marhum Syahid Ketapang.

Sila lihat salasilah yang telah dipaparkan di blog ini.

Sedikit Sejarah Bugis di Malaysia.

Sebaik sahaja Raja Bugis menerima utusan dari Raja Sulaiman, angkatan tentera Bugis terus datang dengan 7 buah kapal perang menuju ke Riau. Raja Kechil telah ditumpaskan di Riau dan melarikan diri ke Lingga dalam tahun Hijrah 1134. Sebagai balasan, Raja Sulaiman telah bersetuju permintaan Raja Bugis dimana mereka mahukan supaya raja-raja Bugis dilantik sebagai Yamtuan Besar atau Yang Di-Pertuan Muda, bagi memerintah Johor, Riau and Lingga secara bersama jika semuanya dapat ditawan.

Setelah Bugis berjaya menawan Riau, Raja Sulaiman kemudiannya pulang ke Pahang, manakala raja Bugis pula pergi ke Selangor untuk mengumpulkan bala tentera dan senjata untuk terus menyerang Raja Kechil. Semasa peninggalan tersebut, Raja Kechil telah menawan semula Riau semasa raja Bugis masih berada di Selangor.

Setelah mendapat tahu Riau telah ditawan oleh Raja Kechil, Bugis terus kembali dengan 30 buah kapal perang untuk menebus semula Riau, semasa dalam perjalanan menuju ke Riau, mereka telah menawan Linggi (sebuah daerah di Negeri Sembilan) yang dikuasai oleh Raja Kechil. Setelah Raja Kechil mendapat tahu akan penawanan itu, baginda telah datang ke Linggi untuk menyerang balas.

Pehak Bugis telah berpecah dimana 20 buah dari kapal perangnya meneruskan perjalanan menuju ke Riau dan diketuai oleh 3 orang dari mereka. Raja Sulaiman telah datang dari Pahang dan turut serta memberi bantuan untuk menawan semula Riau. Dalam peperangan ini mereka telah berjaya menawan kembali Riau dimana kemudiannya Raja Sulaiman dan Bugis telah mendirikan kerajaan bersama.

Setelah mengetahui penawanan Riau tersebut, Raja Kechil kembali ke Siak kerana baginda juga telah gagal menawan semula Linggi dari tangan Bugis. Hingga kini Linggi telah didiami turun-temurun oleh keturunan Bugis dan bukan daerah Minangkabau.

Pada tahun 1729, Bugis sekali lagi menyerang Raja Kechil di Siak dimasa Raja Kechil ingin memindahkan alat kebesaran DiRaja Johor (Sebuah Meriam) ke Siak. Setelah mengambil semula kebesaran DiRaja tersebut, Raja Sulaiman kemudiannya ditabalkan sebagai Sultan Johor dengan membawa gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah yang memerintah Johor, Pahang, Riau, and Linggi.

Sultan Sulaiman telah melantik Daeng Marewah sebagai Yamtuan Muda Riau. Kemudian adik perempuannya Tengku Tengah pula dikahwinkan dengan Daeng Parani yang mana telah mangkat di Kedah semasa menyerang Raja Kechil disana. Seorang lagi adik Sultan Sulaiman Tengku Mandak dikahwinkan dengan Daeng Chelak ( 1722-1760) yang dilantik sebagai Yamtuan Muda II Riau 1730an. Kemudian anak Daeng Parani, Daeng Kemboja dilantik menjadi Yamtuan Muda III Riau (yang juga memerintah Linggi di Negeri Sembilan).

Anak Daeng Chelak, Raja Haji dilantik sebagai Yamtuan Muda IV Riau dimana baginda telah hampir dapat menawan Melaka dari tangan Belanda dalam tahun 1784 tetapi akhirnya baginda mangkat setelah ditembak dengan peluru Lela oleh Belanda di Telok Ketapang, Melaka. Baginda telah dikenali sebagai Al-Marhum Telok Ketapang.

Dalam tahun 1730an, seorang Bugis bernama Daeng Mateko yang berbaik dengan Raja Siak mengacau ketenteraman Selangor.

Ini menjadikan Daeng Chelak datang ke Kuala Selangor dengan angkatan perang dari Riau. Daeng Mateko dapat dikalahkan kemudiannya beliau lari ke Siak. Dari semenjak itulah daeng Chelak sentiasa berulang-alik dari Riau ke Kuala Selangor. Lalu berkahwin dengan Daeng Masik Arang Pala kemudian dibawa ke Riau.

Ketika Daeng Chelak berada di Kuala Selangor penduduk Kuala Selangor memohon kepada beliau supaya terus menetap di situ sahaja. Walau bagaimana pun Daeng Chelak telah menamakan salah seorang daripada puteranya iaitu Raja Lumu datang ke Kuala Selangor. Waktu inilah datang rombongan anak buahnya dari Riau memanggil Daeng Chelak pulang ke Riau dan mangkat dalam tahun 1745.

8 comments:

Kumpulan RajaMenangis said...

Salam ukhuwah buat puteri,
Artikel yang menarik dan mengujakan. Semoga terus mengisi ruang2 sejarah yang penuh dengan pelbagai unsur menggemparkan dan misteri ...

Terima kasih kerana kunjungan ke blog kami, www.rajamenangis.blogspot.com

PUTERI said...

Terimakasih. Salam ukhwah juga buat moderator Raja Menangis. Terimakasih kerana sudi berkunjung ke blog kami, keturunan Raja Ahmad Al Linggi.

Bersama kita kongsikan sejarah yang telah hilang ini.

Anonymous said...

Salam..
Sejarah bugis d smenanjung malaysia menarik jugak ye dgn khadiran pahlawan bugis d sana..
Sy bketurunan bugis bone yg mnetap d tawau, sabah..keturunan sy asal dr sulawesi selatan yg mn pernah mmerintah d sn suatu ketika dlu..
D sebab blaku pberontakn d sn, datuk sy telah bhijrah ke sabah..sy harap dpt btemu kerabat sy d smnnjng..

Anonymous said...

salam ...saya juga asala dari kg linggi n anak jati bugis linggi ...tapi byk cerita yang sebenar nnya boleh dihebah kan -salam leh email saya kat ahamidar@yahoo.co.uk

Unknown said...

hmmm ape hebatnya org bugis ni?msih hebat lagi ke bangsa bugis hari ini?ape yg boleh melambangkan kite ni bugis?mne bole saya dapatkan fakta sejarah bugis?

Anonymous said...

Salam. Linggi telah dibuka oleh Raja-Raja Bugis pada 1780, oleh Daeng Awaluddin dan Kakak beliau Srilah. Ramai tokoh Agama dan Intelek telah dihasilkan dari Linggi. Mereka ialah Sheikh Haji Mohd Said (Ulama), Pendeta Za'ba (Pakar Bahasa Melayu), Dr. Mohd Said (Menteri Besar Negeri Sembilan/ Doktor Perubatan Melayu terawal), Datuk Lokman Yusof (Datuk Bandar Pertama Kuala Lumpur), Datuk Zainal Abidin (Pemegang Mohor Raja Melayu). dll

whitecane said...

Saya ingin tahu pemerintah di kawasan Linggi itu keturunan Daeng yang mana sebenarnya yang kini masih didduduki sanak saudara. Arwah suami saya dari tempat ini dan saya saya sedang mengumpul maklumat salasilah keluarga.
Sila hubungi saya jika ada gambar pejuang di Linggi atau rajanya.
Emel ialah lips222@gmail.com sekian, TQ

whitecane said...

Ya, ramai juga dari Linggi termasuk arwah Allahyarham suami iaitu Datuk Iskandar Dzakurnain bin Badarudin. bapanya dikenali sebagai Pak Long Badarudin bin Samad, tok Pengulu Kg. Linggi dan isterinya Mastura Ariffin.

Adapun bannyak lagi fakta sejarah yang saya sedang siasat dan saya akan Pulau Penyengat untuk menambah butiran. Andainya ada sesiapa yang mahu membantu sila hubungi melalui emel iaitu lips222@gmail.com. TQ