Sunday, February 21, 2010

RAJA AHMAD AKA BAGINDA LINGGA

Walaupun Raja Ahmad memakai gelaran Dato' Linggi di mana saya sudah memberikan hipotesis mengapa gelaran Dato; di gunakannya oleh baginda namun begitu perkataan Linggi itu juga menimbulkan misteri dan pertanyaan di hati saya. Apa HINT dari perkataan Linggi itu yang digunakan oleh baginda Raja Ahmad. Pada firasat saya, baginda seorang yang berfikiran tajam, berpandangan jauh dan zuhud. Walaupun begitu, baginda sedar bahwa salasilah itu perlu diketahui oleh keturunannya kerana itu adalah amanah dari Allah SWT yang dipertanggungjawabkan kepada kita untuk memeliharanya agar dengan itu JATI DIRI seseorang itu semakin mantap. Apatah lagi, jika di dalam salasilah itu terdapat kaitannya dengan keturunan ahlulbait RSAW yang mempunyai beberapa syarat yang perlu dipatuhi.

Raja Ahmad selain dari menggunakan gelaran Dato' Linggi, beliau juga dipanggil Baginda Lingga. Di bawah ini saya sertakan sedikit artikel mengenai Lingga, di mana jika kita mencari makna dari perkataan Lingga itu sendiri kita dapat mengetahui tentang sejarah salasilah Raja Ahmad.

===============================================================

Kesultanan Lingga-Riau ialah sebuah kerajaan Islam di Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia yang merupakan pecahan daripada Kesultanan Johor. Kesultanan ini dibentuk berdasarkan perjanjian antara United Kingdom dan Belanda pada tahun 1824, dengan Sultan Abdul Rahman Muadzam Shah sebagai sultan pertamanya. Kesultanan ini dihapuskan oleh pemerintah kolonial Belanda pada 3 Februari 1911.

Kesultanan Lingga-Riau memainkan peranan yang penting dalam perkembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bentuk bahasa Indonesia kini. Pada masa kesultanan ini, bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa baku yang kaya dengan kesusasteraan serta memiliki kamus ekabahasa sendiri dan sejajar dengan bahasa-bahasa lain yang besar di dunia. Tokoh besar di belakang perkembangan pesat bahasa Melayu ini adalah Raja Ali Haji, seorang pujangga dan ahli sejarah yang berketurunan Melayu-Bugis.

Riau-Lingga pada awalnya merupakan sebahagian dari Kesultanan Melaka, dan kemudian Kesultanan Johor-Riau. Pada 1812 Sultan Mahmud Shah III wafat tanpa pewaris. Dalam sengketa yang timbul Inggeris mendukung putera tertua, Tengku Hussain, sedangkan Belanda mendukung adik tirinya, Tengku Abdul Rahman. Perjanjian Inggeris-Belanda pada 1824 membahagi Kesultanan Johor-Riau menjadi dua: Johor berada di bawah pengaruh Inggeris sedangkan Riau-Lingga berada di dalam pengaruh Belanda. Tengku Abdul Rahman ditabalkan menjadi raja Riau-Lingga dengan gelar Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah.

Pada 7 Oktober 1857 pemerintah Hindia-Belanda menurunkan Sultan Mahmud IV dari takhtanya. Pada saat itu Sultan sedang berada di Singapura. Sebagai penggantinya diangkat bapa saudaranya, yang menjadi raja dengan gelar Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah.

Jawatan (Yang Dipertuan Muda) yang biasanya dipegang oleh bangsawan keturunan Bugis disatukan dengan jabatan raja oleh Sultan Abdul Rahman II pada 1899. Karena tidak ingin menandatangani kontrak yang membatasi kekuasaannya Sultan Abdul Rahman II meninggalkan Pulau Penyengat dan hijrah ke Singapura. Pemerintah Hindia Belanda menurunkan Sultan Abdul Rahman II dari takhtanya in absentia 3 Februari 1911, dan resmi memerintah sehingga tahun 1913.

================================================

Wednesday, February 17, 2010

MENGAPA RAJA AHMAD MENGGUNAKAN GELARAN "DATO' LINGGI" ?

Walaupun Raja Ahmad hanya menggunakan gelaran Dato' / Datu Linggi sebagai panggilan untuk dirinya namun ada rahsia yang tersimpan di sebalik gelaran tersebut. Ini hanyalah sekadar hipotesis saya, maka HAKIKAT disebaliknya hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.


Sebelum ini saya tertanya-tanya mengapa gelaran Dato' Linggi yang digunapakai oleh Raja Ahmad. Pada mulanya, saya beranggapan kemungkinan besar Raja Ahmad ingin menyembunyikan darah keturunan rajanya. Memang benarlah begitu. Tetapi akhirnya saya ketemukan jawapannya, ada RAHSIA di sebalik penggunaan gelaran Dato' itu. Rupa-rupanya ia adalah satu gelaran yang diguna di zaman lampau, maksud saya beratus atau beribu tahun lalu bagi menunjukkan seseorang itu berketurunan RAJA.

Kajian mendapati bahwa perkataan "Datu/Dato'" adalah dari perkataan Daath. Daath adalah bererti 'royal edict' iaitu 'gelaran diraja' dalam bahasa Ibrani Kuno. (Ingat Darth Vader? Setiap gelaran Darth dalam filem Starwars merujuk kepada gelaran elit golongan Darkside Force). Darth di dalam filem ini diambil dari kata Daath/Dath dalam bahasa Ibrani/Hebrew.

Jelasnya, orang Melayu zaman lampau dan khususnya keturunan diraja Melayu zaman lampau memang mengetahui asal usul mereka dan salasilah mereka. Perkataan Dato' ini diambil dari bahasa Ibrani/Hebrew kerana mereka mengetahui bahwa mereka mempunyai salasilah dari bangsa Ibrani iaitu dari keturunan Nabi Ibrahim yang berkahwin dengan seorang puteri dari Timur Jauh yang bernama Keturah, iaitu satu bangsa yang sewaktu itu dipanggil sebagai bangsa Mala.

Begitulah, unik dan istimewanya salasilah keturunan bangsa Melayu. Sekian.

Wallahualam.