Thursday, January 14, 2010

HUBUNGAN RAJA AHMAD DENGAN KETURUNAN BUGIS

Daeng CHELAK ibni Daeng Rilaga

MAKAM DAENG CHELAK DI KEPULAUAN PENYENGAT RIAU

MAKAM RAJA HAJI FISABILILLAH DI KEPULAUAN PENYENGAT RIAU

DIED : 1745
FATHER : Upu Tendriburang Daeng RILAGA
PARTNER : Tengku Mandak binti al-Marhum Sultan Abdul Djalil Riayat Shah

1. HH Sultan SALEHUDDIN Shah ibni al-Marhum Daeng Cellak [ - 1785]
2. Tengku Putih binti al-Marhum Daeng Cellak
3. Tengku Hitam binti al-Marhum Daeng Cellak
4. Raja HAJI ibni al-Marhum Daeng Cellak [ - 1784]
5. Tengku Bulang binti al-Marhum Daeng Cellak

Raja Ahmad al Linggi mempunyai salasilah Bugis dari perkahwinan antara anak perempuan Daeng Chelak iaitu Tengku Putih dengan Raja Johor Riau yang ketiga iaitu Sultan Abd Jalil ke V yang merupakan ayahanda kepada Raja Ahmad al Linggi.

Manakala isteri kepada Daeng Chelak iaitu Tengku Mandak memang merupakan seorang puteri dari kesultanan Johor Riau iaitu anak kepada Sultan Abd Jalil Riayat Shah.(Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara Tun Abdul Majid (Tahun 1699 – 1721))

Perkahwinan antara ayahanda Raja Ahmad iaitu Sultan Abdul Jalil ke V dengan Tengku Puteh Daeng Chelak ini merupakan satu pertautan kembali hubungkait mereka dengan keturunan Bendahara Tun Abdul Majid. I ni kerana Tengku Puteh Daeng Chelak merupakan cucu kepada Sultan Abd Jalil IV Riayat Shah bin Tun Habib Abdul Majid.

Percaturan yang menyaksikan bahwa Raja Ahmad al Linggi mempunyai darah keturunan bangsawan Bugis, Melayu dan Arab.

No comments: