Thursday, June 26, 2008

HUBUNG KAIT DIANTARA DATO’ LINGGI DENGAN KESULTANAN JOHOR-RIAU.

Pencarian ini adalah berdasarkan kepada fakta tahun pembukaan Kampung Relong oleh Dato’ Linggi iaitu pada tahun 1795 dan perbandingan dibuat berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku dan fakta-fakta yang terdapat didalam Sejarah Kerajaan dan Kesultanan Johor-Riau yang berlaku diantara tahun 1740an dan awal tahun 1800an.

Hipotisis yang dibuat adalah bersandarkan alasan-alasan dan keterangan-keterangan yang munasabah.

(Hipotisis bermaksud andaian yang dikemukakan berdasarkan fakta semasa dan digunakan sebagai asas kepada pencarian seterusnya yang mana berkemungkinan benar atau tidak).

Daripada sejarah Kesultanan Johor-Riau yang dinyatakan sebelum ini, terdapat satu peristiwa penting yang berlaku iaitu pada tahun 1761 dimana Tengku Tengah (Tengku/Raja Ahmad) yang ditabalkan menggantikan ayahanda baginda bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkir dari takhta pada tahun yang sama dan tampuk kesultanan diserahkan kepada adindanya iaitu Tengku (Raja) Mahmud.

Penulis merasakan terdapat persamaan diri diantara Dato’ Ahmad yang membuka Kampung Relong pada tahun 1795 dengan Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah yang disingkirkan daripada takhta Kesultanan Johor-Riau pada tahun 1761 iaitu daripada aspek nama ‘Ahmad’ itu sendiri.

No comments: