Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah
(Tahun 1721 – 1760)
Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah (lahir 1699) telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau dan jajahan takluknya pada 4 Oktober 1722 di Riau selepas kemangkatan Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid.
Baginda dapat merebut kembali takhta Kesultanan Johor-Riau dengan pertolongan orang-orang Bugis dengan mengalahkan Raja Kecil Siak pada tahun 1721. Baginda telah bersetuju berkongsi kuasa dengan pembesar Bugis dengan menganugerahkan jawatan Yamtuan Muda Riau sebagai balasan kepada pertolongan orang-orang Bugis.
Bagaimana pun pada 1 Januari 1758, baginda telah menandatangani perjanjian dengan Belanda dan menyerahkan pentadbiran termasuk konsesi perlombongan bijih dikawasan Sg Linggi dan Rembau kepada pihak Belanda. Perjanjian ini sangat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar Bugis yang sebelum ini memonopoli perdagangan bijih dikawasan tersebut.
Menurut ‘Tuhfat Al-Nafis’ Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah mangkat kerana gering manakala menurut ‘The Bugis Diaspora’, pembesar-pembesar Bugis yang diketuai oleh Raja Haji sangat marah dengan perjanjian yang dibuat oleh Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah tersebut. Raja Haji telah mengarahkan supaya baginda dibunuh.
Pada 20 Ogos 1760, Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah telah mangkat di Riau dan dimakamkan di Batangan, Kepulauan Riau.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Post a Comment