Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah
(1760 – 1761)
Pada 20 Ogos 1760, Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah (lahir 1738) juga dikenali sebagai Raja di Baroh, telah ditabalkan selepas kemangkatan al-marhum Paduka Sri Sultan Sulaiman I Badr ul-‘Alam Shah.
Pertabalan dilakukan di Selangor, bagaimana pun pada masa tersebut baginda sedang gering. Pada 29 Januari 1761, baginda telah mangkat di Selangor dan jenazah baginda dibawa ke Linggi dan dimakamkan di Batangan, Riau.
Menurut ‘Institusi Bendahara – Permata Yang Hilang’ dan ‘History of Pahang’ bahawa Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah mangkat akibat termakan racun. Baginda mempunyai dua orang putera iaitu Tengku Tengah (Raja Ahmad) dan Tengku (Raja) Mahmud hasil dari perkahwinan dengan Tengku Puteh binti Raja Chelak.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment