TUn Sri Lanang dalam Sejarah Melayu yang menulis tentang ibu negeri Pahang purba berbunyi "Pahang itu sebuah negeri Purnamanya, air sungainya tohor,pasirnya terlalu bersih,air sungainya tawar datang kelaut dan ada emas urai disana dan padangnya amat luas dan isi hutanya gajah,seladang, rusa dan beruk "
KG RELONG KUALA LIPIS
MAKAM RAJA AHMAD al LINGGI
Makam Raja Ahmad al Linggi
SINOPSIS BLOG
Assalamualaikum wbkt,
Dengan sukacitanya blog ini menceritakan perihalan sejarah keluarga kami yang mempunyai silsilah yang tersimpan sejak tahun 1800an. Ini adalah warisan zaman berzaman yang menjadi khazanah dipusakai untuk dijaga rapi. Hasil kajian salah seorg ahli keluarga kami iaitu Ir Hj Mazelan Hj Samad, maka diperoleh maklumat SEJARAH yg berfakta yang selama ini hanya disampaikan secara lisan dari generasi kepada generasi.
Raja Ahmad al Linggi adalah seorang anak raja dr Kesultanan Johor Riau yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Riau selepas kemangkatan ayahandanya, Paduka Sri Sultan Abd Jalil V. Disebabkan berlaku pertelingkahan kuasa di antara orang Melayu Riau dan orang Bugis, maka tersingkirnya Raja Ahmad dari Riau ke Tanah Melayu dan akhirnya menetap di Pahang.
Keturunan beliau kini masih ada di Kg Relong Kuala Lipis Pahang dan makam Raja Ahmad juga ada di sana.
Dr Aminuddin Abd Karim salah seorg waris Raja Ahmad turut menghasilkan kajian beliau mengenai sejarah Kg Relong dan Raja Ahmad melalui bukunya yang sudah diterbitkan iaitu :
Menyingkap Sejarah Lembah Bama DiNegeri Pahang Sebagai Pusat Perdagangan Terawal Bagi Asia Tenggara
Mengesan Sultan Pemerintah Riau-Lingga-Johor Yang Menetap DiLembah Bama(Kg.Relong).
Beliau boleh dihubungi dgn emel : aminrelong@yahoo.com.my
Cogan yang diperbuat daripada emas ini adalah sebahagian daripada alat kebesaran Sultan Riau-Lingga. Tulisan Melayu Jawi yang terdapat padanya berbunyi: "Bismillah HirRahman Nir Rahim" Bahwa inilah Raja yang berketurunan dari Bukit Seguntang asalnya dari Baginda Seri Sultan ISKANDAR ZULKARNAIN. Inilah Raja yang Adil lagi Berdaulat yang mempunyai Tahta Kerajaan serta Kebesaran dan Kemuliaan kepada segala Negeri Tanah Melayu kurnia Tuhan Rabbul-Arsyil Azim atasnya dikekalkan Allah Subahannallahu Taalla diatas Kerajaannya ditambahi Allah pangkat yang Kebesaran serta Darjat Kemuliaan Daulatu Sa'adati Allahuma Khalidullahulahu Bija-annabiyi Mursalin Waalla=alihi Wasyahbihi Ajemain - Amin Amin - Allahuma - Amin.
KAMUS BAHASA MELAYU
Malay Language Dictionary of Johor-Pahang-Riau-Lingga written by Raja Ali Haji. This widely used reference book was first printed by the Al-Ahmadiah Press, Singapura in the year 1927 (1345 Hijrah). The book have attracted western intellectuals that are interested in Malay Language. This book have introduced few technical terms that can be used in Islamic religion with the specific, detail and acceptable explaination,
TUHFAT AL NAFIS
Tuhfat Al-Nafis (the precious gift) was one of the Raja Ali Haji Ibni Raja Ahmad contribution in writting about the history of Malay-Islam that was completed in 1866
No comments:
Post a Comment