Thursday, June 26, 2008

SULTAN JOHOR RIAU (8)

Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah

(Tahun 1835 – [1855])

Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Johor.

Disebabkan pemerintahan baginda yang lemah pada 10 Mac 1855 manakala pengaruh Temenggong yang bersekongkol dengan pihak British telah berjaya memaksa Sultan ‘Ali Iskandar Shah menyerahkan seluruh kedaulatan Negeri Johor kecuali Kesang (Muar) kepada Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim.

Sebagai ganti baginda dibayar saguhati berupa pencen dari Kerajaan British. Bagaimana pun beberapa tahun kemudian didalam keadaan yang terdesak baginda terpaksa menyerahkah Muar kepada Temenggong Sri Maharaja Ibrahim dan berpindah ke Umbai, Melaka.

Paduka Sri Sultan ‘Ali Iskandar Shah mangkat di Umbai Melaka pada 20 Jun 1877 dan dimakamkan di perkarangan Masjid Umba

Terdapat artikel yang mengatakan bahawa disebabkan pemerintahan yang lemah serta kegagalan Paduka Sri Sultan Husain seterusnya Sultan ‘Ali Iskandar Shah membendung perpecahan dan pergeseran dikalangan pembesar-pembesar negeri disamping kecenderungan Sultan tunduk kepada pihak British.

Ini menyebabkan Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim bin Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman mengambil keputusan untuk mengambil alih kuasa bagi kepentingan rakyat dan bangsa Melayu di Negeri Johor dan jajahan takluknya pada tahun 1855.

Manakala dua tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1853 Bendahara Sri Maharaja Tun ‘Ali yang sudah tidak kuasa melihat berbagai siasah politik yang tidak bersesudahan diantara kesultanan Johor yang telah berpecah itu telah memerintahkan anakandanya Bendahara Muda Tun Mutahir mengistiharkan Negeri Pahang berpisah dari Kerajaan Johor.

No comments: