Thursday, June 26, 2008

PENGHARGAAN

Atas keinginan untuk mengetahui sejarah sebenar Dato’ Linggi, pada 24 September 2003 saya telah memulakan pencarian dan penyelidikan untuk menjejak asal usul Dato’ Linggi.

Saya juga ingin memberikan penghargaan kepada Perpustakaan Negara Malaysia kerana membenarkan saya untuk mencari dan menyalin beberapa teks yang menjadi rujukan kepada penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini.

Akhirnya saya mengucapkan terima kasih kepada saliza, farah nabilah, fahim nabil dan batrisiya nadirah kerana sokongan mereka terhadap penerbitan ini. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada Tok Empat Haji Omar, Cikgu Zahari, Cikgu Nan serta individu-individu lain yang telah memberi sumbangan dan sokongan sehingga membolehkan penerbitan Menjejak Asal Usul Dato’ Linggi ini dapat dilaksanakan

Juga disedekahkan pahala bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham ayahanda Haji Abdul Samad bin Haji Ismail (Ketua Kampung Relong 1975 – 2000)….al-fatihah

Penulis: Ir. Haji Mazelan b. Haji Abdul Samad
P.Eng, M.I.E.M, ASEAN Eng.

2 comments:

Unknown said...

1)mne sy ble dptkan buku tsebut?
2)mcmne dgn sejarah sebelum kedatangan bugis ke tanah melayu, ape yg belaku di tanah bugis,sulawesi,makasar
3)bagaimana bangsa bugis tbentuk
4)ape pengenalan sbg org bugis?
5)ape hebatnya org bugis ni?
6)sape pahlawan sebenar? Hang tuah lima bersaudara atau Daeng lima saudara
7)sy juga org bugis n sedang mencari asal susur galur sy,k

Badzlan Bakar said...

dr, bagaimana mampu saya hubungi dr. saya ingin membawa cerita keturunan saya ke layar perak. saya adalah scriptwriter dan bergiat dlam industri filem.