Thursday, June 26, 2008

Tahun 1811 – 1819 ZAMAN PERALIHAN

(INTERRAGNUM, a period between the rule of two successive rulers)

Oleh yang demikian pemerintahan Sultan Abdu’l Rahman tidak diiktiraf oleh mereka. Walaupun kuasa ditangan Sultan tetapi pembesar-pembesar negeri lebih berpengaruh dikalangan rakyat jelata.

Pada masa tersebut Negeri Pahang ditadbir oleh Bendahara Sri Wak Raja Tun ‘Ali bin Tun Koris manakala Negeri Johor ditadbir oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman.

Perebutan kuasa telah berlaku diantara Tengku Sulong dengan Tengku Juma’at berlanjutan selama 9 tahun iaitu dari tahun 1811 sehingga 1819.

Kemuncak perbalahan tersebut telah membawa kepada perpecahan Kerajaan Johor-Riau kepada dua wilayah iaitu Johor termasuk Pahang dan Singapura dikuasai oleh orang-orang Melayu yang mendapat sokongan British manakala Riau termasuk Lingga, Karimun, Buru dan lain-lain pulau diseluruh kepulauan Riau-Lingga dikuasai oleh orang-orang Bugis yang mendapat sokongan daripada Belanda.

Perbalahan ini juga telah memberi peluang kepada British dan Belanda untuk campur tangan didalam menentukan perlantikan pemerintah Kerajaan Johor dan Riau-Lingga.

No comments: