Thursday, June 26, 2008

SULTAN JOHOR RIAU (9)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah

(Tahun 1818 – 1832)

Dalam tahun 1818, Tengku Juma’at (lahir 1755) dengan sokongan Yamtuan Muda Riau Sultan Jaafar telah ditabalkan sebagai Sultan dan Yang di Pertuan Besar Lingga bergelar Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman I Mu’azzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Alam Shah dan diperakui oleh pihak Belanda (NEI).

Semasa pemerintahan baginda Riau telah menjadi pusat perkembangan dan penyiaran agama Islam.

Pada 1 Syawal 1249H (1823) baginda telah mendirikan Majid Raya di Pulau Penyengat di Riau yang masih ada sehingga hari ini.

Baginda mangkat di Lingga dan dimakamkan di Bukit Chengah (Chengkeh) di Daik, Kepulauan Lingga pada 9 Ogos 1832.

No comments: