Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam
(Tahun 1819 – 1835)
Tengku Sulong (lahir 1776) dengan sokongan daripada Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman telah ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 6 Januari 1819, bergelar Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud III Shah Alam.
Pertabalan dibuat di Singapura dihadapan Sir Thomas Stamford Raffles dan diperakui oleh British.
Sebagai balasannya baginda dipaksa menyerahkan Singapura kepada British. Kebanyakkan pembesar Melayu dan rakyat jelata secara diam mempertikaikan perlantikan baginda kerana dilantik oleh orang Inggeris dan bukannya dimasyhurkan oleh pembesar yang mewakili rakyat jelata.
Walaupun Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah menjadi Sultan yang berkuasa, pemerintahan kerajaan Johor sebenarnya dikuasai oleh Temenggong Sri Maharaja Daeng ‘Abdul Rahman.
Pada 5 September 1835 Paduka Sri Sultan Husain Mu’adzam Shah telah mangkat di Tranquerah, Melaka dan dimakamkan di perkarangan Masjid Tengkera, Melaka.
(Catatan : Dari sini boleh dijejak al kisah tentang Pulau Batu Putih)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
assalamualaikum,
benarkah sultan husain dimakamkan di masjid tranquerah?
makam di masjid berdekatan dengan umbai melaka [lupa nama masjid] itu makam siapa? bukankah makam sultan husain di situ?
mohon dijelaskan...
Musykil juga dimana sebenar makam sultan husain dan lebih musykil lagi persoalan masih belum dijawab sehingga kini.(20-2-2011 - 22-07-2012)
Post a Comment