Thursday, June 26, 2008

SULTAN JOHOR RIAU (1)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid (Tahun 1699 – 1721)

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil IV Ri’ayat Shah bin Dato Bendahara ‘Abdul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau pada 3 September 1699 di Kota Tinggi setelah kemangkatan Paduka Sri Sultan Mahmud II Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Ibrahim Shah, waris terakhir dari keturunan Kesultanan Melaka.

Bagaimana pun dalam tahun 1718 baginda telah dikalahkan dan dipaksa menyerahkan takhta kepada Raja Kecil dari Siak iaitu putera (putative posthumous son) kepada Paduka Sri Sultan Mahmud II Shah. Walau bagaimana pun Raja Kecil telah melantik baginda menjadi Bendahara Sri Maharaja Johor.

Bagaimana pun pada 11 Julai 1721, baginda telah melarikan diri ke Terengganu. Setelah beberapa ketika baginda pergi ke Pahang dan membuka ibu negeri yang baru di Kuala Pahang.

Baginda telah mangkat dibunuh di Kuala Pahang oleh orang suruhan Raja Kecil pada 21 November 1721 dan dimakamkan di Teluk Kandang, Kuala Pahang (dikenali sebagai Marhum Kuala Pahang).

No comments: