Thursday, June 26, 2008

SULTAN JOHOR RIAU (13) : terakhir

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf

(Tahun 1883 – [1930])


Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah ibni al-marhum Raja Muhammad Yusuf (lahir 1851) adalah putera kepada Raja Muhammad Yusuf, Yang di-Pertuan Muda Riau ke 10 dengan Tengku Fatimah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah.

Baginda dipilih oleh Belanda untuk menggantikan Paduka Sri Sultan Sulaiman II Badr ul-‘Alam Shah (datuk saudara) diantara ramai lagi waris-waris yang lebih tua yang layak. Baginda berkuasa diatas pertolongan bonda baginda sehingga berkuasa penuh pada 18 Februari 1885.

Baginda mengabungkan kekuasaan Riau dan Lingga selepas kemangkatan ayahanda baginda selain memindahkan pusat pemerintahan dari Daik, Pulau Lingga ke Pulau Penyengat di Riau.

Baginda melarikan diri ke Singapura pada 3 Februari 1911 kerana tidak mahu tunduk kepada kehendak Belanda yang mahukan baginda menyerahkan lebih banyak kuasa.

Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Rahman II Mu’azzam Shah mangkat di Teluk Belanga, Singapura pada 28 Disember 1930.

Maka berakhirlah pemerintahan Kesultanan Riau-Lingga dari keturunan Kesultanan Johor-Riau.

No comments: