Thursday, June 26, 2008

SULTAN JOHOR RIAU (4)

Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah

(1761)

Pada tahun 1761, Tengku Tengah (lahir 1752) telah ditabalkan menjadi Sultan Johor-Riau bergelar Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah ibni al-marhum Paduka Sri Sultan ‘Abdu’l Jalil V Mu’adzam Shah di Riau.

Pertabalan tersebut telah dibuat oleh Yamtuan Muda Riau Daeng Kemboja. Kebanyakan riwayat termasuk ‘Tuhfat Al-Nafis’ menyebut bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah mangkat dalam tahun 1761.

Bagaimana pun Christopher Buyers yang menulis didalam ‘RoyalArk/Malaysia/Johor’ dan beberapa penulis lain menyatakan bahawa Paduka Sri Sultan Ahmad I Ri’ayat Shah telah disingkirkan dan masih hidup sehinggalah sekitar tahun 1770 apabila baginda dikatakan telah menghilangkan diri.

No comments: